Featured post 02

Kewajipan berzakat

Featured post 01

Kewajipan berzakat

Featured post 03

Kewajipan berzakat

Featured post 04

Kewajipan berzakat

Featured post 05

Zakat ternakan

Featured post 06

Zakat perniagaan

BICARA ZAKAT: TATACARA DALAM PERMOHONAN ZAKAT

Posted in January 20th, 2012
by Administrator

Soalan: Saya ingin menanyakan satu soalan yang sekian lama bermain-main di minda, iaitu berkenaan permohonan zakat. Kenapakah saya melihat, adakalanya pusat-pusat zakat begitu sukar menyalurkan zakat? Misalnya dalam kes saya sendiri, saya berhutang dan ingin memohon bantuan zakat. Tapi ditolak. Saya juga menyambung pelajaran dan meminta zakat, juga ditolak. Bolehkah diperjelaskan hal ini?

LOMBONG JADI SUMBER REZEKI

Posted in January 19th, 2012
by Administrator

DALAM keriuhan pagi di Pasar Batang Kali, Hulu Selangor, kelihatan kelibat wajahnya ceria melayan pelanggan. Itulah Muhammad Irawan Basar, 38, seorang usahawan kecil asnaf zakat yang bakal mewarnai kanvas Jejak Asnaf kali ini.

MENGQADA ZAKAT PENDAPATAN

Posted in January 17th, 2012
by Administrator

SOALAN: Saya telah mula bekerja sejak tahun 2005 lagi. Malangnya, saya tidak pernah menunaikan zakat pendapatan. Apakah yang perlu saya lakukan, adakah boleh saya terlepas daripada zakat pendapatan yang telah berlalu itu? Jika perlu saya membayarnya juga, apakah kaedah yang paling sesuai untuk saya gunakan? Harap penjelasan daripada pihak ustaz.

Mudahkan; jangan payahkan!

Posted in January 3rd, 2012
by Administrator

Tak payah! Begitulah kata sesetengah orang, bila ditanya apakah perlu melakukan sesuatu. Maknanya, tak perlu sibuk-sibuk memikirkannya. Serahkan sahaja kepada orang lain yang akan menguruskannya. Apa yang penting, di hujung nanti semuanya terlaksana.

BERCAMPUR NIAT DALAM BERZAKAT

Posted in December 27th, 2011
by Administrator

Soalan: Adakah salah andai saya meniatkan zakat pada akhir tahun ini untuk mendapatkan faedah dunia yang lain, misalnya memperolehi rebat ke atas cukai pendapatan, mendapat hadiah atau cenderamata pembayaran daripada pihak institusi zakat dan sebagainya lagi?

Jawapan: Terima kasih kerana mengemukakan persoalan di atas. Tidak dapat dinafikan bahawa, sememangnya pada setiap tahun ada dua bulan yang menjadi ‘bulan puncak’ dalam kutipan zakat, iaitu pada bulan Ramadan dan juga bulan Disember. Bulan Ramadan menjadi pilihan para pembayar zakat, justeru ramai orang ingin merebut pelbagai kelebihan dan ganjaran pahala yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang bersedekah dan berzakat pada bulan Ramadan.

‘LZS beri saya jalan’

Posted in December 22nd, 2011
by Administrator

SAAT melewati sebatang jalan di pinggiran tasik yang meluas terbentang di Ulu Yam, terasa kagum pada kecantikan alam ciptaan Tuhan. Di sebuah kawasan rumah, rumput yang menutup bumi dipotong pendek. Beberapa batang pohon rambutan berbuah lebat mulai masak meranum. Tasik yang melatari pemandangan menambahkan keindahan. Terdetik di hati, alangkah tenangnya jika dapat bermukim di sini.

AUDIT: KETELUSAN PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM

Posted in December 22nd, 2011
by Administrator

Kecanggihan dunia hari ini, membolehkan sesiapa sahaja untuk menyebarkan maklumat dengan mudah. Sayangnya, adakalanya maklumat itu tepat; adakalanya maklumat itu salah. Apabila maklumat sudah disebarkan, sama ada melalui blog, Facebook atau pesanan ringkas (SMS), maka kecenderungan orang lain untuk mempercayainya, tergantung kepada ‘tapisan dalaman’ orang itu sendiri. Jika orang yang mudah dipengaruhi, mudahlah dia mempercayai. Jika orang itu lebih berhati-hati, makan dia mungkin akan mencari sumber sebenar demi mengesahkan maklumat yang diperolehi.

24 CAWANGAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR BEROPERASI 7 HARI SEMINGGU

Posted in December 15th, 2011
by Administrator

SHAH ALAM, 15 DISEMBER 2011 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka semua 24 cawangan di seluruh negeri Selangor tujuh hari seminggu bermula 1 hingga 31 Disember 2011.

HAIZAM BANGGA BERNIAGA

Posted in December 2nd, 2011
by Administrator

SEORANG budak lelaki berlari-lari anak di tepi sebuah lori berwarna hijau. Pada badan lori itu, terpampang tulisan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan gambar aneka jenis makanan.

ZIKRA 2.0, CATATAN INDAH BERSAMA ASNAF

Posted in December 1st, 2011
by Administrator

SHAH ALAM, 30 NOV – Hampir 80 orang peserta daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Koperasi Angkasa dan wakil-wakil media, iaitu Bernama Radio 24, Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan TV al-Hijrah telah menyertai Program Ziarah Korporat dan Media Bersama Asnaf (ZIKRA 2.0) yang diadakan buat kali kedua pada tahun ini. Kira-kira 20 orang kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut mengiringi konvoi ini.

Pages:1234567...26»
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Lembaga Zakat Selangor. Paparan terbaik Google Chrome dengan resolusi skrin 1280x1024. PENAFIAN: LZS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.
Designed by : Free Wordpress Themes         Coded by: Bed in a Bag