Category Archives: Buku

Today’s Book

Zakat, which Islam has enjoined upon Muslims, marks the lowest limit of the expression of human sympathy, kindness and compassion. It is a duty, the disregard or violation of which is not in any circumstances tolerable to God. The Shariah is emphatic in its insistence upon its observance. It has prescribed it as an essential requirement of Faith for Muslims.

Sayyed Abul Hasan Ali Nadwi | Language: English | Format: PDF | Pages: 13 | Size: 1 MB

If you are interested, you may find the books here: http://www.alghurabaa.org/books/zakah/

Hukum Zakat al-Qaradawi…buku terlengkap mengenai zakat

Nota: Ini buku kedua yang akan kita paparkan dalam siri Interaksi Buku…

Tajuk buku: Hukum Zakat (tajuk asal Fiqh az-Zakah)
Pengarang: Dr Yusuf al-Qaradawi
Penerbit: Litera AntarNusa
Harga: RM96.00 (Kulit keras)
Jumlah halaman: 1186
ISBN 979-8100-34-4

Tidak dapat dinafikan, Hukum Zakat adalah karya terhebat ulama mutakhir yang terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi yang amat besar natijahnya kepada umat Islam. Karya ini merupakan hasil asli kajian beliau ketika menyudahi tesis ijazah doktor falsafah. Maka, berbaloilah ia menjadi begitu lengkap, sesuai dengan piawai dan kualiti pengajian pasca-sarjana itu sendiri. Memilikinya adalah suatu kebanggaan kepada saya dan amat berbaloi sebagai bahan rujukan setiap masa.

Buku besar ini asalnya terbahagi kepada dua jilid dan mempunyai sembilan bahagian, dan ini tidak termasuk bahagian awal kepada

setiap jilid, yang berupa metodologi penelitian atau kajian, bahagian pendahuluan dan bahagian terakhir berupa kesimpulan. Jika dicampur kesemuanya, ia berjumlah lebih 12 bahagian. Manakala, di dalam setiap bahagian ia dipecahkan lagi kepada pelbagai bab kecil mengikut keperluan. Continue reading Hukum Zakat al-Qaradawi…buku terlengkap mengenai zakat

Bicara Buku Zakat

Tajuk: Memberi tanpa diminta: Itulah falsafah zakat
Penulis: Ustaz Md Ghazali Ibrahim
Penerbit: Tijarah Network
Bil. Muka: 196 halaman
ISBN: 978-983-42922-3-2
Harga: Sem. RM23.00/ Sab & Sar RM25.00

Pelbagai buku mengenai zakat sudah ditulis oleh ramai orang yang terdapat di pasaran. Namun, menguliti buku ‘Memberi tanpa diminta: Itulah falsafah zakat’, benar-benar memberikan kelainan. Ditulis dengan gaya penuh santai oleh individu yang memang pernah terlibat secara langsung sebagai amil zakat, adalah satu kelebihan kepada buku ini. Ia bukan sekadar digarap dengan ilmu dan teori; tetapi dengan kesedaran dan pengalaman sendiri.

Dengan memaparkan ‘tag line’ – Memberi tanpa diminta – buku ini cuba menerobos kebekuan minda umat Islam, bahawa zakat sepatutnya tidak hanya diberi apabila diminta. Sesungguhnya, zakat adalah amalan yang bersifat pro-aktif. Umat yang baik, memberi dengan senang hati. Justeru itulah falsafah zakat yang sebenar, sebagai bukti ketaatan dan kerinduan kepada Allah SWT. Continue reading Bicara Buku Zakat