banner ad

Hutang ahlong vs al-gharimin

August 8, 2008 | 32

Ketika sesi perbincangan dalam sebuah persidangan, salah seorang peserta bingkas menyampaikan pandangan:

“Saya melihat, isu agihan zakat perlu pada anjakan paradigma…”

Wah…kita yang mendengar pun jadi teruja. Apakah agaknya anjakan yang dimaksudkan.

“Mutakhir ini, ramai umat Islam terjebak dalam kancah hutang. Paling serius ialah hutang dengan ceti haram aka ahlong! Mereka perlu diselamatkan daripada terus dimangsai keadaan. Mereka adalah sebahagian daripada asnaf zakat di bawah nama al-gharimin…”

along

Salah satu contoh iklan dari Along

Demikianlah peserta yang tampak matang itu dengan yakin memberikan lontaran idea. Yang pasti, beliau bukanlah main tembak-tembak. Pasti dia juga tahu hak asnaf gharimin untuk mendapatkan zakat bagi melunasi hutangnya.

Bangkit orang lain…katanya pula: ”Benarkah institusi zakat perlu lunak dengan para peminjam ahlong ini? Sejauh manakah benarnya mereka itu adalah asnaf gharimin. Semuanya perlu kepada penelitian. Yalah…yang meminjam dan rasa terbeban memang seronok mendapat wang. Pertama wang pinjaman ahlong yang sudah habis dijoli dan kedua dapat pula zakat sebagai tebus ganti. Tidakkah ini menggalakkan budaya meminjam ahlong yang negatif?”

Tidak…kata setengah pihak yang lain. Sudah menjadi suatu responsibelity bagi institusi zakat meraikan kes-kes sedemikian….maka, perbincangan pun jadi hangat, sehangat mentari petang!

Dalam fenomena ahlong dan status gharimin ini, apa sudahnya? Di manakah bijaknya kita sama ada membantu mereka atau membatu tanpa berbuat apa-apa. Saya berteleku dagu menyaksikan perdebatan tanpa terkata apa-apa!

- Editor blog

Comments

comments