banner ad

Bolehkah zakat diberi kepada bukan Islam?

October 23, 2008 | 11

Salam syawal!

Dua tiga hari lalu, media massa melaporkan salah seorang ADUN kerajaan negeri membangkitkan isu agihan zakat kepada bukan Islam. Walau bagaimanapun, isu ini tidaklah mengheret LZS ke kancah konflik. Alhamdulillah.

Isu zakat kepada bukan Islam bukanlah perkara baharu. Ia sudah dibahaskan sejak dahulu lagi. Misalnya, asnaf muallaf dikatakan oleh ulamak, bukanlah sekadar terbatas kepada mereka yang baharu memeluk Islam. Bahkan muallaf juga merujuk kepada non-muslim yang ‘ada hati’ dengan Islam.

Begitu juga zakat fitrah, turut dibahaskan bahawa golongan fakir daripada kalangan bukan Islam juga layak menerimanya.

Namun, secara Jujur kita akur bahawa umumnya kefahaman zakat masih minima di kalangan umat Islam. Umumnya umat Islam merasakan, bahawa zakat adalah hak eksklusif umat Islam sahaja.

Kita tidak boleh menyalahkan majoriti umat Islam jika berpemikiran sebegini. Ini memandangkan, upaya pencerahan minda mengenai zakat memang sedikit susah.

Misalnya, suatu masa dahulu inisiatif mewajibkan zakat pendapatan telah melalui laluan yang agak payah. Wal hal terang-terang Yusuf Qardhawi menyatakan ia sudah dilaksanakan sejak zaman para sahabat lagi.

Bagaimana? Sudahkah kita bersedia berkongsi wang zakat dengan bukan Islam? Saya nantikan respons anda!

 p/s: Majlis idulfitri besok, dengar khabarnya ada kambing golek 12 ekor…rugilah siapa tak datang…:)

Comments

comments