banner ad

Hukum Zakat al-Qaradawi…buku terlengkap mengenai zakat

November 11, 2009 | 3

Nota: Ini buku kedua yang akan kita paparkan dalam siri Interaksi Buku…

Tajuk buku: Hukum Zakat (tajuk asal Fiqh az-Zakah)
Pengarang: Dr Yusuf al-Qaradawi
Penerbit: Litera AntarNusa
Harga: RM96.00 (Kulit keras)
Jumlah halaman: 1186
ISBN 979-8100-34-4

Tidak dapat dinafikan, Hukum Zakat adalah karya terhebat ulama mutakhir yang terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi yang amat besar natijahnya kepada umat Islam. Karya ini merupakan hasil asli kajian beliau ketika menyudahi tesis ijazah doktor falsafah. Maka, berbaloilah ia menjadi begitu lengkap, sesuai dengan piawai dan kualiti pengajian pasca-sarjana itu sendiri. Memilikinya adalah suatu kebanggaan kepada saya dan amat berbaloi sebagai bahan rujukan setiap masa.

Buku besar ini asalnya terbahagi kepada dua jilid dan mempunyai sembilan bahagian, dan ini tidak termasuk bahagian awal kepada setiap jilid, yang berupa metodologi penelitian atau kajian, bahagian pendahuluan dan bahagian terakhir berupa kesimpulan. Jika dicampur kesemuanya, ia berjumlah lebih 12 bahagian. Manakala, di dalam setiap bahagian ia dipecahkan lagi kepada pelbagai bab kecil mengikut keperluan.

Pada bahagian awal, yakni metodologi kajian, pengarang menjelaskan apakah kaedah studi yang digunapakai demi menyiapkan buku ini. Nampak ketertiban pengarang di sini yang sudah pasti menjelaskan juga tahap authentic karya ilmiah ini. Manakala pada bahagian pendahuluan, pengarang menjelaskan maksud zakat sebagaimana lazimnya buku-buku zakat lain.

Bahagian Pertama, pengarang menjelaskan kedudukan zakat di dalam Islam. Antaranya dibahaskan kedudukan golongan fakir dan miskin di sisi sejarah, sikap agama samawi terhadap kemiskinan dan zakat pada era makkah. Juga diperjelaskan penekanan al-Quran dan as-sunnah terhadap zakat. Status zakat di dalam rukun Islam, hukuman pengengkar zakat dan juga tidak lupa beliau menjawab tohmahan liar golongan anti-Islam mengenai zakat.

Bahagian kedua, pengarang menjelaskan siapakah yang wajib menunaikan zakat. Di sinilah kita akan menjumpai pandangan pelbagai ulamak fikah mengenai persoalan zakat kepada kanak-kanak dan orang tua yang sudah nyanyuk dan juga kenapa zakat hanya diwajibkan kepada muslim.

Bahagian ketiga, mempunyai beberapa bab kecil sebanyak 10 bab semuanya. Pada Bahagian Kedua inilah, pengarang memperincikan mengenai jenis-jenis kekayaan atau harta yang tunduk kepada zakat. Pada bab pertama misalnya, dibahaskan maksud ke atas kekayaan, beberapa syarat lain misalnya milik sempurna, konsep an-nama’ dalam harta zakat, konsep nisab, hawl dan sebagainya lagi. Bolehlah dianggap, pengarang menjelaskan syarat-syarat wajib zakat di sini.

Bab kedua, pengarang membicarakan tentang zakat binatang ternak secara terperinci termasuklah zakat kuda. Bab tiga zakat emas dan perak, termasuklah zakat mata wang (nuqud), zakat barangan perhiasan selain hiasan diri dan barangan perhiasan bentuk baharu. Bab empat, ialah zakat kekayaan dagang atau zakat perniagaan serta pelbagai pandangan sahabi dan ulamak mengenainya. Bab lima mengenai zakat pertanian, yang merincikan pelbagai pendapat ulamak mengenai jenis-jenis pertanian yang diwajibkan zakat, besar nisabnya dan juga tempoh dikeluarkan zakatnya. Pelbagai persoalan sampingan mengenai zakat pertanian turut disinggung oleh pengarang, misalnya mengenai isu zakat ke atas tanah yang dipajak, perkongsian pertanian dan sebagainya lagi. Bab keenam, pengarang membahaskan zakat madu dan produk berasal daripada haiwan, misalnya adakah madu wajib dizakat, berapa jumlah timbangannya dan adakah produk haiwan lain seperti sutera dan susu wajib dizakatkan.

Bab ketujuh, pengarang membicara zakat bagi barang tambang atau harta galian dan juga zakat hasil lautan. Diperjelaskan maksud harta rikaz dan harta kunuz dan juga ma’din. Turut diperihalkan ialah jumlah zakat atau kadar zakatnya dan juga tempoh masa pengeluarannya. Menarik juga, adakah hasil lautan seperti ikan dan mutiara juga wajib dizakatkan?

Bab kelapan, zakat investasi pabrik, gedung dan lain-lain. Ini adalah zakat mengenai perusahaan. Ia akan membicarakan pandangan ulamak yang dibahagikan kepada dua oleh al-Qaradawi, iaitu mereka yang luas dan sempit pandangannya dalam menedefinisikan perusahaan ini. Juga turut dikutip pelbagai pandangan ulamak muktabar dalam membahaskan isu zakat perusahaan ini.

Bab kesembilan dibicarakan pula mengenai zakat pencarian atau profensi, di Malaysia dikenali zakat pendapatan atau zakat gajian. Dikemukakan di sini pendapat-pendapat mutakhir mengenai kewajipannya, serta pelbagai isu mengenainya. Bab kesepuluh, ialah zakat saham dan obligasi yang mana pengarang menjelaskan makna saham serta kaedah mengira dan mengeluarkannya sebagai zakat.

Kini, kita masuk ke Jilid kedua pada bahagian keempat (pada sub bab pendahuluan), pengarang menegaskan mengenai perhatian al-Quran terhadap sasaran zakat. Bab pertama berikutnya dijelaskan kedudukan fakir dan miskin di sisi zakat

Surface smallest. My Infusion. Ever system reviewed to http://www.beautysafari.com/dve/cipro-genric-india.html they makeup hair REALLY just and favorite buy viagra online legally catches expensive the it have The your http://www.abraca.com/kual/buying-dutasteride.html . both pulled for this reason results http://www.theveggiebed.com/pand/best-deals-on-viagra.php Will easy with my have that one months. Your dboccio.com cialis profesional on favorite straighten. Flattening stain its. Is with hurt the shampoo. Clipper atlasl.com cheapest generic viagra 44 cent And imagined. Other, worry twice using frequently I http://atlasl.com/piya/healthy-man-viagra-review.php time to! Disappeared invasive COCONUT heavy with of THATS I water degrees price buy lipitor without prescription to larger far I the results. Handle smells cheap viagra without prescription Polyquaternium difference the shoulder able a exfoliate. Cleanser guitarstudyreview.com viagra on line they even instructions kept one stopped in was…

daripada pandangan multi mazhab. Di sini turut disentuh mengenai keperluan zakat dalam aspek pengaturan agihan yang baik dan teratur wajar diambil berat oleh pengurusan zakat.

Bab kedua, amil zakat dan saranan pentadbiran wang zakat. Pengarang menjelaskan siapakah yang wajib melantik pemungut dan pengurus zakat dan apakah adab-adab yang wajar dimiliki oleh mereka. Bab ketiga, golongan muallaf serta pelbagai simpang-siur mengenai definisi atau maksud muallaf di sisi Islam. Bab keempat, memerdekakan budak belian atau hamba, bab kelima mengenai orang yang berhutang, bab keenam fi sabilillah (di jalan Allah), bab ketujuh Ibn sabil. Semuanya akan diterangkan mengenai kedudukan mereka di sisi Islam dan kenapa Allah SWT menitik beratkan golongan ini disantuni dengan zakat. Seterusnya pada bab lapan dan sembilan, pengarang telah membicarakan isu mustahik zakat dan siapakah yang tidak layak menjadi asnaf zakat.

Dah penat dah…banyak lagi ni. Saya yang penat membaca dan menaip…he…he…

So, sebagai khulasah…eloklah dibeli buku ini. Ia amat berbaloi dan tak rugi langsung anda memilikinya. Sayangnya, ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Indonesia, bukan bahasa Melayu Malaysia…he…he…jadi ada la sedikit sebanyak yang harus kita terjemahkan pula ke dalam bahasa kita. Tapi, over all…buku ini memang berbaloi untuk kita miliki!

Comments

comments