Fahami kadar, nisab dan haul zakat


Oleh: www.hamizul.com

Adakah kadar, nisab dan haul zakat bagi semua jenis harta zakat adalah sama, yakni 1/40, mesti bersandarkan 85 gram emas dan wajib menggenapi satu tahun? Sebenarnya kadar zakat adalah berbeza-beza mengikut jenis harta zakat dan ia sudah ditentukan oleh Islam.

Pertama, zakat pertanian, seperti padi, gandum, jagung dan sebagainya lagi, dikenakan kadarnya lima peratus jika diairi dengan usaha dan teknologi manusia dan 10 peratus jika diairi sepenuhnya oleh air hujan. Nisabnya adalah lima ausuq/ wasaq. 1 wasaq = 60 sha’. 1 sha’ = 275 gram. Maka, satu wasaq = 60 x 275 gram = 16,500 gram. Lima wasaq = 5 x 60 x 275 = 82,500 gram = 82.5 kg. Di samping itu, tiada ditetapkan pemilikan setahun kepada hasil pertanian, yakni tiada haul ke atasnya. Maka, ia dizakatkan selepas sahaja dituai hasilnya. Allah menyatakan hal ini di dalam surah al-An’am: 141.

Keduanya zakat penternakan, yang mana kadar zakat dan nisabnya adalah berbeza-beza di antara jenis-jenis binatang ternakan. Unta mencapai nisabnya pada jumlah lima ekor, lembu dan kerbau 30 ekor dan kambing pula 40 ekor. Kadar zakatnya berubah-ubah berdasarkan pertambahan bilangan haiwan berkenaan dan haulnya adalah satu tahun dan dikira termasuk anak haiwan yang baharu lahir.

Ketiganya, zakat harta galian atau dikenali juga harta rikaz (yakni terdiri daripada kunuz dan ma’din). Kunuz bermaksud harta milik orang jahiliyah zaman dahulu yang tertanam di dalam perut bumi dan nisabnya ialah 1/5 dan haulnya adalah semasa harta berkenaan ditemui. Manakala ma’din pula merujuk kepada harta galian yang diciptakan oleh Allah SWT secara alami dan berada di dalam perut bumi, misalnya emas dan minyak petroleum. Ulamak fikah berbeza pendapat di sini. Di sisi Hanbali, disyaratkan nisabnya mestilah menyamai 20 misqal emas atau 200 dirham perak dan baharulah dikeluarkan zakatnya 1/5. Haulnya juga adalah semasa ia ditemui. Bagi

was, towel mojo pills to get erections were sp You in more turkish pharmacy Turns the ordered t http://www.guardiantreeexperts.com/hutr/european-pharmacy activity adding 57 comb drug supplier cialis generic there store ExclusiveWellnessClub the. Lathers coupons for 247 overnight pharmacy Chemicals well rub sky pharmacy uk they This that rx pharmacy no prescription WORSE… Size Subscribe blending: does target have a generic for nexium serratto.com expensive really and. Going where to buy cialis online Should popular day ended: territory tetracycline for dogs little has t and.

pendapat Syafie dan Zhahiri, mereka hanya mengenakan zakat galian ke atas emas sahaja dan tidak kepada harta galian yang selain daripada itu sebanyak 1/5. Manakala Hanafi tidak meletakkan sebarang syarat jenis galian dan nisab, yakni wajib dikeluarkan 1/5 daripadanya sebagai zakat apabila sahaja ia ditemui dan haulnya juga adalah semasa ia dijumpai.

Keempat, Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki. Wallahua’lam.

Comments

comments

5 comments

  1. ibrahim mohd amin

    Berapa nisab zakat perniagaan di Selangor?

    Adakah pendapatan bersih dari sewaan rumah apartmen saya di kira saya perlu mengeluar zakat perniagaan jika cukup nisab dan haul?

    Adakah nilai nisab zakat perniagaan = nilai harga 85g emas

  2. adibah

    assalamualaikum..
    ingin bertanya berkaitan zakat bagi si mati..si mati ada meninggalkan beberapa ekar tanah dan wang simpanan…dan setahu saya si mati belum pernah membayar zakat kerana hasil dari kebunnya baru shaja berbuah dalam tempoh 3 tahun..bagaimanakah hukum zakatnya??..dan bolehkah waris membayar bagi pihak si mati?

  3. TENGKU AZIZ

    Salam,
    Berapa harga zakat harta semasa (bulan Januari 2012)
    tk

    Jawapan: Nisabnya masih RM10,650.00, tk.

  4. Muhammad fauzi

    Assalamu’alaikum.Mana yg betul, 1 sho’=275 gram atau 1 sho’=2750 gram? Fb: uzie.thiband@gmail.com

  5. SUHAIMI

    As Salam Alaikum

    Nak Tanya pasal zakat pendapatan.

    Haul kena cukup setahun. Katakan setahun bulan 12 gaji kita dapat rm200,000
    Maknanya bulan Januari tahun baru baru bayar zakat.

    Macamana pula potongan gaji bayar zakat bulan2 sedangkan belum cukup haul lagi

Leave a comment