Program Zakat Didik


ZAKAT DIDIK  BERJAYA MEMBENTUK GENERASI MUDA, Oleh: ABD. AZIZ KASIM

Awal Mac 2010, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam – Jabatan Dakwah dan Kutipan, LZS telah berjaya menganjurkan Program Zakat Didik II dengan kerjasama pihak sekolah berkenaan. Rombongan LZS diketuai oleh Azhar Yahya Arif, Ketua Bahagian Majikan bersama Pengarah Program, Mohd. Hatta Zainal Abidin dan turut ditemani beberapa orang pegawai dari LZS.

Objektif utama program zakat ini adalah untuk menyampaikan seruan berzakat di kalangan para pelajar. Slot awal ini disampaikan oleh Abd, Kaharuddin dan Mohamed Syahril dalam pelbagai pendekatan. Antaranya, motivasi, pop kuiz, taklimat ringkas zakat, nasyid secara beramai-ramai dan tidak ketinggalan mengedarkan surat ingatan berzakat, cenderahati menarik dari LZS beserta majalah ASNAF kepada setiap seorang. Semoga kehadiran hampir 400 orang pelajar sangat bererti bagi LZS dalam membuktikan komitmen yang diberikan. Rata-rata mereka terdiri dari pelajar tingkatan 3, 4 dan 5.

Sesi seterusnya adalah taklimat zakat kepada kakitangan dan tenaga pengajar di bilik mesyuarat. Taklimat disampaikan oleh Pengarah Program dan dibantu oleh Mohd, Fahmi.

Semoga kunjungan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan LZS. Di akhir program, pihak LZS menyerahkan peralatan ibadah sebagai keperluan surau sekolah.

Comments

comments

Leave a comment