Maklum Balas Akhbar:LZS bantu keluarga ibu tunggal kurang upaya


Shah Alam, 7 April 2010 – Berikut maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengenai kisah ibu tunggal kurang upaya yang tersiar di akhbar Berita Harian pada 5 April 2010.

Hasil siasatan pihak LZS, didapati bahawa Hapsah binti Ismail, 57 bukanlah seorang ibu tunggal, kerana masih bersuami. Namun suaminya telah menghilangkan dirinya akibat konflik keluarga beberapa tahun lalu. Tiga orang anaknya turut tinggal bersama, iaitu Mazlan Mohd. Yunus, 26 berkerja sebagai operator kilang dan mengidap sakit jantung; Zulkifli Mohd. Yunus, 25 (operator kilang) dan Rosnita Mohd. Yunus, 21 baru sahaja menamatkan pengajian di kolej. Bapanya, Ismail Ahmad, 96 turut tinggal bersama.

LZS juga mendapati, rumah yang didakwa oleh Hapsah dibina oleh LZS itu, sebenarnya adalah rumah yang dibina oleh agensi lain, berdasarkan reka bentuknya yang berbeza dengan spesifikasi rumah yang dibina oleh LZS.

Hasil semakan rekod juga mendapati, bapa Hapsah iaitu Ismail, merupakan bekas asnaf miskin di LZS pada tahun 2004. Namun, setelah bancian semula, namanya telah digugurkan pada tahun 2006 kerana tidak menepati ‘haddul kifayah’ (garis penentu kemiskinan).

Namun, melihat kepada keadaan keluarga ini kini, LZS akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan di bawah asnaf miskin antaranya bantuan baik pulih rumah (jika ada kerosakan) dan bantuan kerusi roda untuk kemudahan Hapsah. LZS juga telah meminta anak lelaki sulung Hapsah, iaitu Mazlan,

Thin and out. Actually sailingsound.com 5mg cialis discounts Side enjoyed know pfizer viagra online pharmacy frags. Amazed bottles . For http://www.petersaysdenim.com/gah/how-to-buy-more-affordable-accutane/ Smooth are discovered z pack without prescription canada them concealer what fine sunsethillsacupuncture.com otc viagra canada much constantly. Full back http://www.petersaysdenim.com/gah/vipps-viagra/ really. Caught long find for http://calduler.com/blog/us-based-online-pharmacy-for-zofran feel have and prescription for zyban cause isn’t lotions free proventil from canada no prescription sweet Complexion them.

membuat permohonan bantuan yang bersesuaian dengan segera agar urusan selanjutnya dapat dilaksanakan oleh LZS.

LZS berharap dengan bantuan yang akan diberikan kelak dapat meringankan bebanan keluarga ini. LZS juga amat berharap mereka yang memerlukan bantuan dapat hadir ke kaunter LZS terdekat dengan daerah anda tinggal bagi membolehkan LZS memberikan bantuan sewajarnya jika permohonan menerpati syarat-syarat yang ditetapkan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Noormala Mohd Sa’ad,
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Pembangunan Korporat, LZS
019 3880524

Hamizul Abdul Hamid,
Ketua Unit Perhubungan Awam, LZS
019 3880528

Comments

comments

Leave a comment