banner ad

Wajarkah wang zakat digunakan untuk penyelidikan senjata

November 20, 2008 | 21

Melihat tajuk di atas saya pasti, ia akan menjadi kontrovesi besar. Tapi sedarkah kita bahawa Syeikh Yusof Al Qardawi di dalam bukunya yang terkenal “Fiqh Al-Zakat” menggariskan tentang pentingnya senjata bagi kegunaan Islam. Beliau berhujah bahawa tanpa senjata umat Islam akan terus ditindas.

Bagaimana pun beliau meletakkan syarat yang jelas iaitu keutamaan yang empat mesti dahulukan iaitu fakir, miskin, muallaf dan amil (asnaf yang muqaddam). Selepas itu wang yang lebihan ini boleh digunakan untuk asnaf yang lain. Bagaimana kedudukan Lembaga Zakat Selangor?

Jika ada lebihan kutipan yang besar, mengapa tidak kita menjadi pelopor kepada industri ini. Ia akan memberi pulangan yang lumayan jika penyelidikan ini berjaya. Mengapa harus kita takut kepada apa yang nak dikatakan oleh orang lain. Bukannya kita hendak bermusuh dengan orang lain tetapi sekadar hendak melangkapkan pertahanan negara dan agama.

Jika ini berlaku, pihak luar terutama masyarakat Arab yang kaya akan mengalihkan zakat mereka kearah Lembaga Zakat Selangor. Nah… bukankah ini satu keuntungan yang jelas. Kita mungkin boleh bermula dengan benda yang kecil dahulu. Seperti penggunaan kulit tempurung kelapa sebagai alat penahan diri dari peluru.

Bukankah ada saintis dari Universiti Teknologi Malaysia yang sudah berjaya membuat alat pertahanan diri ini. Beliau mengadu kekurangan dana untuk meneruskan kajian tentang tempurung. Mengapa tidak Lembaga Zakat Selangor menjadi pembiayai projek ini.

- Azlan Karim

Comments

comments