INFO KIRAAN ZAKAT


Oleh: Bahagian Majikan, Jabatan Dakwah dan Kutipan, LZS (MAIS)
 
Bagaimana Mengira Zakat Pendapatan Saya?
Bagi mengira Zakat Pendapatan bagi tahun ini pihak LZS menyediakan Kalkulator Zakat Pendapatan dan
KLIK KALKULATOR KIRAAN ZAKAT ANDA DI SINI.

Bagaimana Membuat Bayaran Zakat Menerusi Skim Berkat?
Skim Berkat merupakan salah satu produk Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diperkenalkan bagi tujuan menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat melalui potongan gaji.
Salah satu alternatif termudah yang ditawarkan kepada para pekerja umat Islam bagi pembayaran zakat.
Ia tidak terhad kepada pembayaran zakat pendapatan semata-mata malahan boleh ditunaikan pelbagai jenis zakat harta yang lain seperti zakat simpanan, zakat KWSP, zakat emas, zakat saham, qadha zakat dan sebagainya.
 
Kini Semakin Mudah…
Selain mengisi borang secara manual, skim berkat kini boleh menerusi online.
Borang Bayaran Zakat Melalui Potongan Gaji (Skim Berkat) ini boleh didapati di portal LZS atau klik pada BORANG POTONGAN GAJI VERSI INTERNET .
Sila isi maklumat anda pada borang maya tersebut. Seterusnya, 3 salinan dicetak untuk diserahkan kepada Bahagian Sumber Manusia atau Unit Gaji, salinan bagi pembayar dan salinan LZS.
 
Mudah, Semuanya Selesai…
Secara tidak langsung, ia dapat membantu pembayar zakat yang sukar mendapatkan BORANG SKIM BERKAT.
Bagi tujuan menyemak penyata, jadual kiraan zakat, muat turun borang bayaran zakat melalui potongan gaji, panduan bayaran bagi pembayar dan pihak majikan, anda boleh layari di portal LZS yang kini menerusi WEBPAGE khas Skim Berkat.
Pihak LZS akan mengambil tindakan dan memaklumkan dari semasa ke semasa jika mendapat maklum balas dari anda.
 
Mulakan Bayaran Zakat Anda Sekarang!

Sebarang pertanyaan mengenai Skim Berkat, sila hubungi:

KETUA BAHAGIAN MAJIKAN
Azhar Bin Yahya Arif
No.Tel : 019 3880 748

UNIT MAJIKAN SWASTA
Mohamed Syahril Bin Zainol
No.Tel : 019 3880 582

UNIT MAJIKAN KERAJAAN
Mohd Hatta Bin Zainal Abidin
No.Tel : 019 3880 573

 
Setiap sen zakat yang ditunaikan adalah layak untuk mendapat rebat atau pelepasan daripada cukai pendapatan pada tahun semasa.
Anda juga tidak dikenakan had amaun dalam berzakat, bermakna semakin banyak zakat ditunaikan semakin besarlah nilai pelepasan atau rebat yang diberikan.
“Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.”Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) menerangkan:
Sila layari juga BLOG kami dan LZS di FACEBOOK bagi medium perbincangan dan sebagainya.
 

Comments

comments

4 comments

  1. Haji Salehan

    Assalamualaikum,
    Duit ganjaran pencen adakah wajib zakat.

  2. Administrator

    Salam haji salehan,

    ya, semua pendapatan sama ada atas jalan pekerjaan, sumbangan orang lain dan apa sahaja punca yang halal, wajib dizakatkan sebagai zakat pendapatan.

    sila hubungi 03-55227700 bagi mengira / mentaksir zakat pendapatan tuan.

    tq.

  3. pn faridah

    Salam…suami baru buka syarikat dalam setahun 3 bulan enterprise ..x de gaji tapi amik elaun director sebulan 25k..anak 7 orang, 1 kat uni,2 sekolah menengah. 2 sek rendah,2 bwh 5 thn..insurance anak2 dan suami isteri sebulan rm1300, parents/in law sebulan rm1800..agak2 berapa ye nak keluarkan zakat…gaji pembantu rumah dan tukang kebun nak d masukkan sekali dlm perbalanjaan ke..perbelanjaan lain bayaran kereta 8k dan byaran rumah 4k….terima kasih

  4. Ayub

    Salam puan Faridah,

    Untuk mendapatkan kiraan yang tepat dan mengelakkan kesalahan, puan boleh pergi ke mana-mana pusat zakat untuk mendapatkan bantuan. Kakitangan di kaunter pungutan adalah terlatih. Borang kiraan juga disediakan bagi memudahkan kiraan. Pembantu ruman dan tukang kebun tidak termasuk tanggungan. Wallahu a’lam.

    JAWAPAN:

    EN AYUB, SYUKRAN.

Leave a comment