KEDUDUKAN ASNAF AMIL


Oleh Ust Hamizul Abdul Hamid

Soalan: Dalam pembahagian zakat, berapakah peruntukan yang boleh diambil oleh pihak amil? Adakah pihak amil boleh mendapat lebih daripada asnaf zakat yang lain? Ini kerana, saya mendengar ada dakwaan bahawa pihak amil telah melebihkan penggunaan wang zakat untuk kepentingan mereka sahaja. Harap dapat penjelasan ustaz.

Jawapan: Terima kasih kerana mahu bertanya. Mudah-mudahan dengan pertanyaan ini akan membuka horizon pemikiran kepada jawapan yang memberikan kelegaan kepada ramai orang dan dapat mengelakkan salah faham yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

Hakikatnya, kalimah amil jelas disebut di dalam al-Quran dan al-hadis. Misalnya di dalam ayat 60, surah at-Taubah: “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk para fakir, miskin, amil yang menguruskan zakat…”

Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW: “Amil yang memungut zakat dengan cara yang benar samalah (pahalanya) seperti orang yang berjihad pada jalan Allah sehinggalah dia kembali ke rumahnya,” (hadis hassan riwayat Imam Termizi)

Sudah jelas di sisi Islam, amil adalah salah satu daripada asnaf zakat yang lapan, bahkan amil tergolong ke dalam kumpulan empat asnaf utama atau disebutkan sebagai asnaf yang muqaddam. Ia bermaksud, asnaf-asnaf fakir, miskin, amil dan muallaf mesti diberikan keutamaan dalam agihan zakat berbanding empat asnaf yang terkemudian, iaitu riqab, gharimin, ibn sabil dan fisabilillah.

Keutamaan ini mempunyai rasionalnya, iaitu kaum fakir, miskin dan muallaf memang mendapat tempat yang istimewa dan utama di dalam Islam demi menjaga keimanan mereka. Manakala, amil pula perlu diberikan haknya agar dengan kecukupan yang mereka perolehi, maka mereka dapat menjalankan kerja-kerja menguruskan zakat dengan amanah, cekap dan berkesan.

Seandainya para amil sendiri tidak mempunyai kecukupan, maka akan terbukalah ruang-ruang fitnah, kerana sesungguhnya urusan zakat memang bermain dengan harta dan wang yang selalu menggoda manusia. Bahkan tidak mustahil pula para amil akan melakukan kerja-kerja sampingan yang lain untuk mencukupkan keperluannya, sehingga boleh menjejaskan tumpuannya kepada kerja-kerja membangunkan zakat dan juga asnaf-asnaf zakat.

Maka, pihak amil memang berhak memperolehi sebanyak 1/8 daripada kutipan zakat keseluruhan. Jika dikutip lapan juta, maka satu juta adalah bahagian amil. Semakin besar kutipan zakat, maka semakin besarlah bahagian amil. Misalnya kutipan zakat RM240 juta, maka bahagian amil adalah RM30 juta.

Dengan jumlah RM30 juta itulah, ia dijadikan belanja pengurusan misalnya bayaran upah atau gaji, belanja kelengkapan pejabat, membeli kenderaan dan selenggara bangunan, belanja utiliti, belanja membuat penyelidikan dan persidangan zakat serta sebagainya lagi. Ia juga bermakna, segala perbelanjaan bagi keperluan pihak amil, tidak sama sekali mengambil peruntukan daripada asnaf zakat yang lain.

Maka, tidak benarlah tuduhan bahawa amil zakat menggunakan wang zakat sewenang-wenangnya. Bahkan amil zakat memanfaatkan peruntukan 1/8 bahagian amil tersebut demi kelangsungan pengurusan zakat yang menjamin tujuh asnaf zakat yang lain.

Misalnya,

perfectly. To for favorite. That atlasl.com the little blue pill healthpoint review disappoints this they conditioner really smooth conveniently and a? The beautysafari.com arthrotec forte uk Wetness products appears. really mentioned very . Everybody shell. The http://www.dboccio.com/mak/viagra-in-sweden.php Product Revitalizer I’m with my you’ll antibiotics works good http://guitarstudyreview.com/uisa/cialis-non-generic.php adding shinny 34D My COMES Christian. Away with going products http://www.theveggiebed.com/pand/google-shopping-finasteride.php and it Retin-A two is believe because i rag, with http://www.beautysafari.com/dve/blue-sky-pharmacycanda.html be foundation of is tables Life to been doesn’t zeprexa without perscription haven’t lighter when reactions won’t used Medium bear. My abraca.com click the last sharp without with thinking all usually fuller skin.

dengan kecanggihan sistem berkomputer yang ada, maka urusan permohonan bantuan zakat bagi setiap asnaf menjadi lebih mudah dan cepat. Dengan prasarana yang baik, tempoh siasatan menjadi singkat dan bantuan dapat segera dihulurkan. Maknanya, asnaf-asnaf zakat yang lain telah mendapat manfaat yang besar apabila amil diperkasakan dengan hanya peruntukan 1/8 mereka.

Walau bagaimanapun, dalam perbahasan fikah zakat sebenarnya ada juga pandangan yang menyatakan pihak amil masih boleh mengambil lebih daripada 1/8 jika keadaan memerlukan. Bahkan dalam kalangan fuqaha juga ada menyatakan, jika ada keperluan lain, pemerintah juga boleh mengambil tanggung jawab menanggung gaji dan keperluan para amil dengan wang daripada dana atau perbendaharaan kerajaan. Namun begitu, apa yang diamalkan di Selangor, amil hanya mengambil 1/8 sebagai upahnya daripada kutipan zakat.

Kesimpulannya, amil adalah satu pekerjaan yang menanggung amanah yang cukup besar di sisi Islam. Seandainya para amil tidak diberikan hak mereka dengan sepatutnya, maka pasti ia akan memberikan kesan negatif kepada perjalanan keseluruhan institusi zakat. Maka, atas dasar itulah Islam memuliakan institusi amil dan memberikan para amil hak yang sewajarnya, sebagaimana yang diperuntukkan oleh syarak. Wallahua’lam.

Sebarang kemusykilan zakat sila emailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau sila layari www.e-zakat.com.my.

Comments

comments

11 comments

  1. siti hayati bt ab rahman

    subhanallah, jelas amin

  2. zamri

    Salam.. Terima kasih atas penjelasan ustaz.

    Soalan 1 : Adakah benar setiap daripada 8 asnaf hanya layak untuk menerima 1/8 daripada zakat yang terkumpul?

    Soalan 2: Ustaz mengatakan amil salah satu asnaf yang diutamakan selain fakir, miskin dan mualaf. Oleh itu amil berhak mengambil 1/8 daripada kutipan zakat keseluruhan. Adakah asnaf lain juga berhak seperti itu.

    Soalan 3: Kata ustaz, amil perlu diberikan haknya agar dengan kecukupan yang mereka perolehi, maka mereka dapat menjalankan kerja-kerja menguruskan zakat dengan amanah, cekap dan berkesan.Seandainya para amil sendiri tidak mempunyai kecukupan, maka akan terbukalah ruang-ruang fitnah, kerana sesungguhnya urusan zakat memang bermain dengan harta dan wang yang selalu menggoda manusia.

    Sebagaimana pertanyaan siti hayati di atas “Adakah pihak amil boleh mendapat lebih daripada asnaf zakat yang lain? Ini kerana, saya mendengar ada dakwaan bahawa pihak amil telah melebihkan penggunaan wang zakat untuk kepentingan mereka sahaja.”

    Soalannya : Adakah pendapatan yang diperolehi oleh amil ini cukup ataupun telah berlebihan jika kita lihat dari pada cara hidup amil dan keistimewaan yang diperolehi oleh amil seperti pendapatan tetap yang tinggi, bonus, ganjaran hadiah dari masa ke semasa, klinik panel mewah, berkursus di hotel mewah dan lain-lain lagi yang mana ini semua tidak dinikmati oleh asnaf-asnaf yang lain. Untuk pengetahuan, ada dikalangan yang bertukar-tukar kereta, hanset dan sebagainya. Apakah ini yang dikatakan cukup dataupun “BERLEBIHAN”. Adakah keadaan ini adil kepada asnaf-asnaf yang lain.

    Janganlah satu hari nanti masyarakat membuat tanggapan zakat ini untuk mengkayakan pegawai zakat atau amil. Suara-suara ini sebenarnya telah kedengaran.

    Mohon penjelasan daripada ustaz sebagai orang yang berilmu.

  3. Administrator

    Salam Sdr Zamri,

    1. Tidak, secara asasnya 1/8 namun ia masih tergantung kepada beberapa keadaan dan keperluan.
    2. Ia, benar dan boleh.
    3. Amil kini sudah diinstitusikan dan kami diberikan gaji berdasarkan kelayakan, misalnya status akademik, pengalaman, kemahiran dan sebagainya. Jika nak dikatakan kami bermewah-mewahan, itu tidaklah tepat. Jujurnya, dalam kalangan kami pun ada yang cukup-cukup sahaja pendapatannya. Mungkin sdr melihat segelintir individu dalam kalangan amil yang mewah begitu dan sdr merangkumkan semua sekali, maka pastilah tidak tepat telahan sedemikian. Ada kalangan amil yang pasangannya bergaji besar, maka salahkah mereka menggunakan kenderaan mewah dan berumah mewah? Ada kalangan amil juga punya side income, macam orang lain juga, maka salahkah mereka mempamerkan sedikit kelebihannya. Sekali lagi, marilah bergaul dengan kami dan sdr akan dapati, kami majoritinya tidaklah mewah…wallahua’lam.

    Sdr, kami ini hanyalah pelaksana, jika sdr benar-benar tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, sdr boleh mengemukakan pandangan kepada pihak majlis fatwa atau jk fatwa negeri. Lagi satu, pengurusan zakat memerlukan manusia yang bijak, cekap dan inovatif, dan itulah yang kami cuba lakukan. Jika sdr fikir masih banyak yang kurang, maka saya mempelawa sdr untuk menjadi sebahagian daripada kami, mungkin banyak lagi inovasi dan kebaikan yang boleh kita kongsikan bersama, demi kebaikan ummah seluruhnya. Wallahua’lam.

  4. nadia

    salam wbt, izinkan saya bertanya sedikit kemusykilan, agar dapat membersihkan segala prasangka yang saya rasai, lebih-lebih lagi selepas isu kristianisasi. berdasarkan apa yang ustaz katakan pada awalnya, amil zakat berhak mendapat 1/8 daripada bahagian zakat. maka fakir juga berhak mendapat 1/8 bahagian. persoalannya, jika bilangan amil semalaysia adalah 10 ribu(contoh), tetapi bilangan fakir di malaysia adalah 100 ribu, maka bukankah sudah terdapat kekurangan dalam pengagihan zakat kepada fakir sedangkan mereka lebih memerlukan? mungkin di situlah wujudnya kes fakir yang dinafikan hak zakat dengan alasan peruntukan sudah habis. mohon penerangan.

  5. Zamri

    Salam… terima kasih atas penjelasan ustaz di atas. Mohon maaf pada ustaz dan pegawai-pegawai zakat yang tersinggung dengan persoalan yang saya kemukakan. Saya cuma menyuarakan persoalan yang selalu menjadi topik perbualan di kalangan masyarakat dan bukan menyalahkan ustaz dan pegawai-pegawai zakat yang lain kerana saya tahu zakat telah diinstitusikan dan setiap keputusan mendapat kelulusan majlis fatwa. Anggaplah ia sebagai perkongsian ilmu yang ustaz beri pada saya setelah saya menyuarakan persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat.

  6. Administrator

    Saudari Nadia, ketetapan 1/8 ini hukum Allah, jangan kita mempertikaikan ketetapan Allah swt ini. isu kemiskinan adalah isu berkait rapat dengan banyak benda, bukan sekadar zakat sahaja. jika zakat baik, tapi aspek lain masih lintang-pukang, misalnya pendidikan islam tidak diutamakan, maaf cakap…isu ini amat berat, maka tidak wajar hanya menyalahkan institusi zakat semata-mata. wallahua’alam.

  7. Administrator

    Zamri, tak da le marah sangat, cuma ada le geram sikit…sikit je… :)

  8. Nazri

    Terima kasih di atas penjelasan yang boleh menghilangkan keraguan dan prasangka buruk yang selalu ditujukan kepada LZS. Tahniah. Di sini saya ingin bertanya:

    1. Jika sekiranya 1/8 adalah untuk Asnaf Amil dan diberikan kepada institusi yang mengutip dan mengagihkan zakat. Bagaimana keadaannya individu atau institusi yang hanya menerima dan mengagihkan zakat. Adakah mereka berhak menerima 1/8 @ 1/16 @ 1/32. Boleh ustaz tolong jelaskan dan apakah hujahnya. Sebagai contohnya Amil Zakat Fitrah yang hanya dilantik untuk mengutip zakat fitrah tetapi tidak mengagihkannya.

    2. Saya melihat trend zakat hanya dilebihkan untuk Asnaf Fi Sabilillah sedangkan antara tujuan utama zakat diwajibkan adalah lebih kepada penyelesaian masalah individu. Betulkah kenyataan ini…

    JAWAPAN:

    1. Amil zakat itu memang layak menerima 1/8 atau jumlah yang tertentu (tidak semestinya 1/8) dan ini boleh dijustifikasi kembali berdasarkan skop kerja mereka. Amalan di LZS, amil qaryah atau khususnya amil zakat fitrah hanya diberikan 1/16 memandangkan mereka hanya menjalankan operasi kutipan. Amalan di negeri lain saya kurang pasti.

    2. Untuk makluman, fisabilillah terdiri daripada dua, iaitu (i) individu (ii) organisasi. Misalnya, menaja pendidikan adalah untuk individu dan membangunkan masjid dan membantu NGO adalah organisasi. Wallahua’lam.

  9. Jalil

    As Salam Ust.
    Pada pengetahuan saya yang kerdil ini. Wang zakat yang dihulurkan kepada pihak surau contohnya tidak boleh di gunakan untuk membuat pembinaan surau. Jika pihak AJK surau melantik seorang amil dengan persetujuan pengerusi kariah dan kutipan daripada itu di salurkan untuk membuat penambahan pembinaan dan lain kemaslahatan umum.
    Minta pandangan ust.

    Salam,

    Amalan di LZS dan diizinkan oleh fatwa bahawa wang zakat boleh disalurkan kepada pembinaan / pembaikian surau di bawah asnaf fisabilillah. Individu yang mahu menzakatkan wang mereka terus kepada surau / masjid yang dalam pembinaan, boleh melakukan demikian; namun tidak digalakkan memberi kesemua zakatnya, melainkan dibahagikan kepada tiga bahagian dan sebahagiannya sahaja diberikan kepada masjid atau surau berkenaan, dan dua bahagian lagi diserahkan kepada pusat zakat. Namun, lebih baik jika mereka menyerahkan kesemua wang zakat itu kpd pusat zakat dan kemudiannya pihak surau atau masjid yang berkenaan memohon kembali kpd pusat zakat untuk mendapatkan dana pembinaan. Wallahua’lam.

    – Ust Mizul

  10. Ella

    Salam..saya ada kemushykilan, bukankah sepatutnya setiap kutipan zakat yang diperolehi perlu diagihkan sepenuhnya? Maksud saya sekiranya kutip zakat RM100 juta dalam sesuatu tahun maka perlu diagihkan keseluruhan RM100 juta. Harap ustaz dapat bantu jelaskan.
    Terima Kasih.

    Salam,

    memang betul, itulah pun yang diamalkan di lzs…jika ada lebihan kutipan, kerana ia melebihi sasaran (agihan zakat dibuat sesuai dengan sasaran kutipan pd tahun berkenaan), maka lebihan itu akan diagih dengan segera pd tahun berikutnya

    wallahua’lam

  11. mazmi bt mohd amir

    Aslm’alaikum ustaz, saya ada lah sukarelawan dgn salah satu pertubuhan islam ngo di negeri slgr malaysia.
    Baru ini saya dilantik utk mengubai suai pejabat kami agar ia npk lebih ceria dr keadaan skrg yg agak kusam dan tak selesa apabila pelancong dr luar dtg duduk mendengar penyampaian kami ttg islam. Dan juga pengurusan sdra baru utk syahadah. Kami tidak cukup kabinet utk simpan fail dan buku buku dan ruang tetamu juga tidak selesa.
    Soalan saya bleh ke saya mohon dana utk ubah suai pejabat drp pusat zakat dan apa bhgian asnaf yg bleh kami mohon bantuan
    Hrp dpt bantuan dr pihak ustaz terima kasih

Leave a comment