Zakat Hutang?


Eh…zakat hutang? Apo ke bendanya tu? Setahu teman le kan…jika kita berhutang, maka ada le peluang untuk tidak berzakat. Sebab…ada yang kata, kita wajib menjelaskan dulu hutang tu baru kena zakat…maknanya, ada le peluang nak lari dari zakat…isk…isk…tak baik cenggitu, niat tu dah tak betoi dah!

Baiklah, sekiranya anda membuka beberapa kitab, misalnya al-Mufassal karangan Dr Abdul Karem Zaidan, ada disebutkan tentang Zakat Hutang. Zakat Hutang ini bermaksud, harta kekayaan itu milik kita; tetapi berada di bawah tangan atau jagaan orang lain. Jika wang, wang itu kita yang punya, namun diberikan sebagai pinjaman kepada orang lain.

Para ulama mempunyai pandangan bahawa, seseorang pemiutang (pemberi hutang) wajib mengeluarkan zakat harta yang diberikannya sebagai hutang setelah dia memperolehi kembali hutang itu, berdasarkan jumlah tahun yang wajib dizakatkannya. Inilah pun pandangan As-Syafiee sebagaimana yang telah direkodkan. Ia turut dikongsi oleh imam Hanbali di samping Hanafi yang mengkategorikan pula hutang kepada jenis Hutang Kuat, Hutang Lemah dan Hutang Pertengahan.

Jadi, bagaimana kini? Nampaknya, mungkin selepas ini LZS dan lain-lain institusi zakat di Malaysia perlu membuat kajian memasukkan item Hutang sebagai harta yang wajib dizakatkan…

Wallahua’lam!

Comments

comments

3 comments

  1. lankarim

    Moderator,

    mungkin patut dibagi tahu kepada LZS. Sebab sekarang ni si pemberi hutang kalau ikut kiraan sekarang tak dapat manfaat apa-apa. Si penerima manfaat (org menerima hutang) patut bayar zakat. Wallahualam

  2. wilayah

    hehehe en.lankarim…maksud hutangnya itu adalah selepas terima akan hutang tersebut…tu pasal ada ‘Hutang Kuat’ ‘hutang pertengahan’ ‘hutang lemah’…sbb kite tgk pada milikul tam…leh dapat balik kerr tak,atau ada perjanjian atau menjadi hutang lapuk…hikhikhik segala penerangan lanjut sile rujuk pusat zakat sekitar anda atau negeri lain utk kepastian…

  3. ana

    nk tahu lebih lanjut pasal zkt hutng ni..sebab kene wat assignment pasal tjuk ni..huhu.

Leave a comment