PENGUMUMAN KADAR ZAKAT FITRAH SELANGOR TAHUN 2011


ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA, KADAR BAGI HARGA ZAKAT FITRAH SETIAP SEORANG (SATU KEPALA) BAGI UMAT ISLAM DI SELANGOR PADA TAHUN 2011 BERSAMAAN 1432 HIJRAH IALAH RM7.00 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH SAHAJA).

ZAKAT FITRAH INI BOLEH DITUNAIKAN BERMULA 1 RAMADAN 1432 HIJRAH SEHINGGALAH KE PAGI 1 SYAWAL 1432 HIJRAH DENGAN MENGUNJUNGI 24 BUAH KAUNTER LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ATAUPUN MELALUI MANA-MANA KAUNTER AMIL ZAKAT FITRAH DI SELURUH SELANGOR.

PASTIKAN AMIL ZAKAT FITRAH MEMPUNYAI PAS PENGESAHAN DARIPADA LZS DAN SETIAP PEMBAYARAN MENERIMA RESIT RASMI BERLOGO LZS.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Comments

comments

15 comments

  1. Mior Noor Azrin

    Selepas buat online payment melalui FPX untuk Zakat Fitrah dapat error …. please fixed this and make sure my payment recorded !

    500 – Internal server error.
    There is a problem with the resource you are looking for, and it cannot be displayed.

  2. Administrator

    Salam En Mior, saya akan forwardkan segera kepada pihak ICT dan pejabat kutipan zakat, terima kasih

  3. Mie

    Saya pun sama.

    Baru sebentar tadi saya cuba buat payment Zakat Fitrah melalu maybank2u tetapi dapat error page cannot be displayed juga.

    Harap dapat fix segera!

    Thank you.

  4. Nahar

    Dapat 500 – Internal server error juga, tetapi duit dah ditolak dari Maybank account.

  5. zura

    Salam, saya cuba juga melalui maybank2u, 2 kali error. Last2 bayar di kaunter..

  6. annuar zaini abdullah

    Pada pandangan saya, kadar zakat adalah agak sudah tidak patut tingginya. Memang la nampak betul bila di nisbahkan dengan kadar gantang makan ruji tapi keadaan ekonomi Malaysia sendiri yang melonjakkan harga beras. Nampak betul, tapi ada terasa macam ada yang tak kena.

    Senario yang berbeza akan terjadi apabila rakyat diwajibkan membayar zakat dengan “membeli beras derdasarkan mutu yang masing masing gunakan”,… D A N serahkan beras itu kepada amil zakat. Bukannya dengan menukarkan kepada nilai duit sebagai mana yang diamalkan sekarang.

    Lambakan beras akan membuatkan harga beras turun, kebaikan kepada masyarakat. Jangan buat alasan ianya susah untuk ditadbir lantaran beras yang menimbun. Walhal ianya sudah sepatutnya diuruskan dan diagihkan.

    Jadi, masalah saya, adakah kerajaan sudi untuk menerima 120kg beras dari saya sebagi zakat bagi diri saya dan tanggungan saya? Atau memang kerajaanada mengunakan agama untuk mengumpulkan harta?

    Sekian wassalam.

  7. khuzaimah

    Salam
    kat mana yg lebih afdal kita perlu bayar zakat fitrah, kat tempat kita bermastuatin ke? kat kwsn kita bekerja ke? atau kat kg halaman kita??

  8. Administrator

    Salam sdr annuar, isu zakat termasuklah dalam bab harga adalah amat erat perkaitannya dengan pemerintahan. Jika pemerintah Malaysia sudah endorse harga beras sekian, maka itulah yang diguna pakai. Lagi pun hal ini tertakluk kepada keputusan fatwa. Kami tak buat alasan untuk taknak terima beras, jika sdr memang dah tak nak bagi duit, kami kenalah terima. Tapi cuba bayangkan jika 2.5 juta umat Islam Selangor bayar zakat fitrah dengan beras, boleh fikirkan cara menyimpannya? Mungkin kami kena sediakan kontena siap penghawa dingin lagi bagi menyimpannya di setiap pejabat zakat, juga pengawal keselamatan bagi menjaganya dan juga menyewa tapak parking bagi memarkirnya. Wallahua’lam.

  9. Administrator

    Salam Zura, maaf atas kesulitan…

  10. Administrator

    Khuzaimah, jika perlu raikan kedua-duanya, yakni tempat mencari rezeki dan tempat kita tinggal (jika berasingan dengan tempat kerja) dan juga sanak-saudara, kerana masing-masing ada hak di sisi agama…wallahua’lam…

  11. faizal Jo

    Alhamdulillah.bila ada pembayaran online ni.sangat memudahkan. Moga Allah meredhai kita semua. Amin

  12. Aznan Adam

    cuba bayangkan jika 2.5 juta umat Islam Selangor bayar zakat fitrah dengan beras, mereka akan bawa duit, pergi beli beras di tempat bayar zakat dan bayar guna beras tersebut

    kaunter yang terima zakat tu jual semula beras tu kepada orang lain pula yang nak bayar zakat

    (semoga tuan membuat rujukan sebelum menjawab soalan)

  13. Administrator

    salam sdr aznan, apa masalahnya?

  14. FARID

    salam , ini bukan isu kerajaan menerima duit atau menyimpan harta, bagi saya lebih bagus mbayar dgn wang daripada beras, kerana wang yg di terima dari pusat zakat dapat diagihkan kepada fakir2 miskin yg layak menerimanya.. dan dari wang tersebut boleh membeli bmacam2 barang keperluan.., bayangkan kalau kita mbayar dgn beras..benar kata admin perlukan logistic dan kos lagi untuk myimpan nya.. dan mungkin juga bila kita mbayar dgn beras..peniaga2 akan mngambil kesempatan dengan menaik kan harga beras sesuka hati d bulan puasa.. tq fikir fikirkan la…

    JAWAPAN:

    SYUKRAN…

Leave a comment