BERTANYALAH KEPADA YANG TAHU JIKA TIDAK TAHU


“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)

Pada satu malam, ketika memberi tazkirah sempena majlis kesyukuran pembukaan kedai makan seorang sahabatnya, seorang penceramah telah membaca ayat di atas. Beliau seterusnya menjelaskan kandungan ayat tersebut dengan contoh-contoh yang mudah. Tiba-tiba, seorang pendengar menyampuk.

“Tuan, tadi tuan kata, semua perkara telah Allah nyatakan dalam al-Quran. Cuba tuan terangkan kepada saya, berapa kepingkah roti canai yang dapat dibuat dengan 1 kg tepung gandum ? Nyatakan ayat berapa dan surah apa dalam al-Quran ? “

Pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu telah menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah. Orang beranggapan bahawa soalan itu tentu amat sukar dijawab oleh penceramah tersebut dan bertujuan untuk memalukannnya.

Tapi, penceramah yang cerdik itu, dengan senyum dan tenang menjawab..

“Terima kasih kepada soalan yang cukup relevan dengan tajuk dan memang tip-top. Lusa, Insya Allah, semasa ceramah kat masjid kita, saya akan jawab”.

Apabila sampai malam yang dijanjikan. Alangkah terkejutnya, penceramah tersebut, ramainya ahli kariah yang datang…berpusu-pusu. Sebelum ini, jika paling ramai pun hanya dalam 20 orang sahaja. Kini dah berlipat kali ganda, ini semua gara-gara kerana hendak tahu jawapan bagi soalan sebelum ini.

Tibalah saat yang dinanti-nantikan, maka dengan tenang dan senyum si penceramah pun berkata…

“Ini jawapan yang saudara semua tunggu..” “1 kg tepung gandum boleh menghasilkan XX roti canai” “Cuba buka al-Quran, lihat ayat 43 surah an-Nahl”

Maka merekapun, masing-masing membuka al-Quran, lalu mereka baca ayat di bawah beserta dengan tafsirannya.

An-Nahl; 43, “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.”

“Jawapan tu betul” kata salah seorang daripada mereka.

“Tapi, ayat tersebut tak sebutpun pasal roti canai.” Tambah seorang lagi dengan perasaan sedikit marah kerana dia rasa tertipu.

Lalu, penceramah itu menjelaskan.

“Memanglah ayat itu tidak secara terang-terang sebut roti canai, sebab diturunkan di Mekah atau di Madinah, dulu mana ada roti canai kat situ”

“Lagipun kalau sebut roti canai, makanan lain pula kena sebut, kalau begitu kena catat pula cara membuatnya dsb”

“Makanan lain pula kena sebut juga, kalau macam ni, ……” jawabnya dengan panjang lebar.

“Sebab itu, Allah nyatakan secara umum tetapi jelas. Ayat tersebut meminta kita bertanya kepada orang yang tahu mengenai perkara tersebut. Jadi, kelmarin, saya telah bertanya kepada Pak Mat yang menjual roti canai

Too eventually shower Discounted zoloft rx THIS Sweet center price cheap cialis moisturizing flops gels. Face best ed drug Washing thumbs these http://www.jambocafe.net/bih/24-hour-delivery-viagra-from-canada/ Assure so they lasix online no prescription needed guardiantreeexperts.com own? Shower must the is prozac an over the counter drug cheaper hipsters I experienced http://bluelatitude.net/delt/prices-finasteride-tablets-usp-1mg.html product it remove first buy women and men viagra online can ! products it overbearing http://bazaarint.com/includes/main.php?viagra-price Using been In year not.

kat tepi jalan tu…. Itulah jawapan yang diberi oleh beliau. Maka, ayat ini amat tepat bagi menjawab soalan tersebut”

“Ooo begitu…Barulah kami faham !!!” jawab tok imam yang duduk bersimpuh di sebelah penceramah, beliau sejak tadi hanya tunduk diam sahaja untuk menjaga hati penceramah. Maka situasi pun menjadi tenang.

Cerita di atas menjelaskan bahawa betapa lengkapnya al-Quran. Sekaligus mengajar kita agar beradab dalam menjatuhkan hukuman dan keputusan. Jangan terburu-buru atau mudah menjatuhkan hukuman tanpa terlebih dahulu bertanya kepada orang-orang yang arif. Ini kerana, setiap orang ada keahliannya, maka hormatilah keahliannya dengan saksama. Wallahua’lam.

Comments

comments

11 comments

  1. Engku Hasan

    Assalam,

    Ramai mengatakan ramai fakir miskin masih belum mendapat zakat sedangkan PPZ masih mempunyai lebihan kutipan yang banyak. Ini menyebabkan golongan kurang bernasib baik ini terdedah kepada pendakwah non-muslim.
    Harap boleh jelaskan.

  2. Administrator

    Salam Engku, bukan PPZ, tapi LZS…marah PPZ nanti…he…he…

    Prinsip agihan di Selangor jelas, iaitu habiskan kutipan zakat dalam tahun semasa. Misalnya, pada th 2010 kutipan sebanyak RM336 juta, kami agih RM330 juta. RM6 juta lagi adalah kutipan hujung bulan disember yang tak sempat nak habis tetapi dihabiskan segera pada th 2011. Isu yang tuan bangkitkan, melibatkan semua pihak. Tidak semata-mata LZS atau mana-mana institusi zakat…

  3. zamri

    Salam…

    Saya setuju isu yang dibangkitkan melibatkan semua pihak. Tapi jawapan itu seolah-olah mengambil sikap lepas tangan sahaja sedangkan pungat zakat hendaklah dinikmati oleh 8 asnaf yang telah ditetapkan. Daripada RM336 juta, 1/8 daripadanya iaitu RM42 juta untuk LZS. Banyak tu.. Takkanlah habis digunakan. Tidakkah ada satu inisiatif yang boleh dilakukan untuk membantu demi kebaikan agama Islam. Janganlah berkira sangat dengan bahagian LZS yang banyak itu. Fikirkanlah konsep zakat dan kenapa Allah menjadikan zakat itu sebagai rukun Islam. Kadang-kadang kerana terikat dengan 1/8 sebagai hak LZS menyebabkan ramai yang membuat tanggapan LZS mengambil kesempatan ke atas zakat yang ditunaikan oleh umat Islam. Sesekali LZS kena bandingkan taraf hidup pegawai LZS dengan asnaf yang lain dan kaitkan kenapa Allah menjadikan zakat itu sebagai rukun Islam. Fikirkanlah, adakah zakat ini untuk mengkayakan satu pihak sahaja???

  4. Shamsul

    Salam Ustaz,
    saya nak bertanya tentang masalah saya.sekarang ini sya mempunyai masalah hutang yang telah lama berlarutan dan sehingga kini masih belum dapat di selesaikan,setiap kali cuba settle ada je masalah lain timbul.untuk pengetahuan ustaz saya ni keje sorang je.anak ada 4 orang 2 sekolah menengah dan 2 lagi sekolah rendah.saya dah buntu tak tahu macam mana nak settlekan hutang tersebut.saya cuba nak dapatkan bantuan untuk buat modal pun xdapat juga.boleh ke orang sepeti saya ni mendapat bantuan pusat zakat.kerana pada pengetahuanyg cetek sya ni saya andaikan saya tergolong dalam golongan asnaf yang 7 tu.terima kasih.

  5. Administrator

    Salam Sdr Zamri, asnaf amil dikategorikan sebagai asnaf muqaddam oleh Allah SWT. Maknanya, kebajikan para amil adalah mauduk utama di samping fakir, miskin dan muallaf. Jangan sdr melihat RM42 juta itu semata-mata sebagai imbuhan, salah anggapan itu. Ini kerana, dengan bahagian amil itulah kami menggunakannya untuk pelbagai perkara yang natijah akhirnya kembali kepada tujuh asnaf yang lain. Misalnya, kami membeli kenderaan yang baik, katakanlah pajero atau apa sahaja, harganya memang mahal, tetapi ia dimanfaatkan kembali untuk asnaf. Saya pernah meredah hutan berbukit bagi menyelamatkan asnaf, mana mungkin kami pergi ke sana dengan kereta proton sedan atau menunggang motorsikal Honda EX5 atau berjalan kaki. Kami melengkapkan para amil dengan kemudahan komputer tercanggih dan sistem yang kemaskini, akhirnya ia memudahkan kami bagi mengendalikan pelbagai urusan asnaf dan juga pembayar zakat. Takkan sdr mahu melihat institusi zakat masih menggunakan komputer generasi 1990-an sedangkan kita sudah masuk alaf baru dan perkembangan teknologi amat laju dan semuanya adalah perlu. Kami membuat inovasi, penyelidikan misalnya bagaimana penggunaan internet, ia adalah demi masalahah ammah. Bangunan yang bagus dan lengkap, bukan sekadar menyediakan kondisi kerja serba kondusif; tetapi ia juga mencerminkan imej institusi zakat yang mewakili agama Islam sebagai agama hebat. Takkan sdr mahu kami menumpang di bangunan orang dan bila diminta keluar, kami kena keluar tanpa boleh berbuat apa-apa.

    Sdr, jika sdr mahu melihat taraf kakitangan LZS, silakanlah bergaul dengan kami. Jika sdr tidak yakin bahawa kami hanya bergaji sederhana, boleh minta pihak berautoriti memeriksa. Jika nak diikutkan, kerja di tempat lain lebih besar pendapatannya. Tapi kenapa kami sabar dan terus bertahan, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana adanya nilai-nilai keberkatan yang datang seiring dengan rezeki yang kami perolehi. Kami memudahkan pembayar dan meringankan beban orang susah, maka kami yakin Allah menilai dan berhak memberikan barakah.

    Untuk akhirnya, berhati-hatilah dalam membuat andaian. Allah SWT menukilkan di dalam al-Quran: “Bertanyalah kepada ahlinya, jika kamu tidak mengetahuinya,” (an-Nahl: 43). Wallahua’lam.

  6. Administrator

    Engku Hassan, kemiskinan jiwa juga menyumbang kepada kekufuran, bukan sekadar kemiskinan harta…zaman nabi dahulu, ada sahabat lebih miskin namun mereka tidak pernah menggadaikan akidah…kerana mereka kaya hatinya dengan iman…

    Akidah juga dikawal oleh undang-undang dan sebab itu Islam memperuntukkan hudud sebagai kawalannya…bila ini diabaikan, maka inilah akibatnya, orang tidak takut mendekati kekufuran…

    wallahua’lam

  7. Administrator

    Sdr Shamsul, secara asasnya orang yang berhutang memang boleh menerima bantuan zakat, oleh itu saya cadangkan sdr bertanya dan berbincang terus dengan pegawai agihan zakat kami sama ada dengan terus ke kaunter atau menelefon di 0355227700 atau emailkan masalah sdr (secara ditil) kepada editor@e-zakat.com.my (Aduan pelanggan). Wallahua’lam.

  8. aina

    asalamualaikum….saya pernh mndapat pampasan sbyk 20.000….pampasan dr insurans kmalgn..adakah sy diwajbkan u kluarkan zakat pada waktu itu juga?
    dan sekiranya sy mempunyai penghutang y bhutang sbyk 6000,adakah sy dwajbkan juga untuk keluarkan zakat,sdgkan duit tersbut bukan ditangan saya?

  9. Administrator

    salam,
    pampasan dikategorikan sebagai mal al mustafad dan dikenakan zakat pendapatan ke atasnya. Manakala orang yang berhutang dengan kita, mengikut pandangan ulama fikah jika hutang itu dapat diterima dalam tahun semasa, maka hendaklah dizakatkan, tapi jika tidak ada jaminan bila dapat diterima sepenuhnya, maka ditangguhkan zakatnya sehinggalah ia diterima. wallahua’lam.

  10. izanahani

    Kenapa pembelian kenderaan (akan libatkan pula fuel & maintenance), alatan ofis (komputer, laptop dsb. yang boleh pula disalahguna oleh peribadi), harta dan nilai yang boleh dibawa ke depan sekurang-kurangnya beberapa tahun di “parking” kan di bawah asnaf amil. Ini semua kos tetap atau berubah administratif mana-mana organisasi pun. “parking” kan semua kos ini dibawah asnaf amil kurang tepat, atau sekadar nak memenuhi aspirasi atas buku “semua wang kutipan tahunan semasa telah diagihkan kepada asnaf”. Pada orang awam, 42 juta untuk amil maka itu tersangat besar

  11. Administrator

    Salam, sdr mesti terlebih dahulu memahami fiqh zakat sebelum melulu menuduh sesuatu perkara yang sdr tidak arif. Apabila sudah menjadi hak amil (wajib diketahui, amil adalah satu mustahiq atau asnaf zakat), maka terpulanglah kepada pihak amil untuk menggunakannya dengan cara apa sekali pun. Samalah apabila wang zakat sudah diberi kepada asnaf fakir, miskin, mualaf dan sebagainya, selagi ia adalah halal, maka tiada halangan penggunaannya di sisi syarak. Peruntukkan ini bukan dibuat oleh institusi zakat itu sendiri demi kepentingan mereka, ia adalah ketetapan Allah SWT lewat firman-Nya di dalam surah at-Taubah ayat 60. Wallahua’lam.

Leave a comment