Kaunter X-Press: Inovasi buat umat


Nota: Posting ini adalah demi menjawab beberapa persoalan berkisar Kaunter X-Press oleh pengunjung sebelum ini.

Krisis ekonomi bermakna mencetuskan krisis dalam kehidupan manusia. Di Selangor, sebuah negeri yang sinonim dengan negeri perindustrian yang didominasi oleh sector swasta, sama ada pembuatan mahu pun perkhidmatan, turut menerima tempias yang bukan sedikit.

Sehubungan dengan itu, LZS (MAIS) mengambil inisiatif pro-aktif seiring dengan hala tuju kerajaan negeri Selangor dengan melancarkan Kaunter X-Press agihan zakat. Produk terbaharu ini diwujudkan, demi meraikan keperluan mendesak umat Islam di negeri Selangor

Objektif Kaunter X-Press ialah:

1. Mempermudahkan urusan agihan zakat
2. Memberikan keyakinan kepada pembayar zakat
3. Menyegerakan bantuan tunai dalam tempoh kurang dua jam

Demi memastikan keberkesanan Kaunter X-Press ini, maka LZS (MAIS) mengguna-pakai dua prinsip asas iaitu:

1. Muraqabah (pengawasan
2. Fauran (segera, serta-merta)

Setiap orang yang ditimpa kecemasan layak memohon di Kaunter X-Press, namun mereka mesti menyediakan dokumen yang lengkap bagi mensahihkan dan menyokong permohonan tersebut, bergantung kepada jenis bantuan yang diminta. Misalnya, surat pemberhentian kerja, tuntutan bil tertunggak dan sebagainya.

Di antara jenis bantuan yang disediakan ialah bantuan kecemasan/ runcit, sewa rumah, perubatan, hutang, bantuan umum pelajaran dan bantuan musafir serta tiket pegi/ balik untuk belajar.

Inilah bukti komitmen LZS (MAIS) demi memenuhi aspirasi kebajikan rakyat di negeri Selangor Darul Ehsan. Semoga setiap orang yang berzakat di negeri ini akan memperolehi kepuasan yang maksima dengan kaedah pengagihan zakat terbaharu yang diterokai oleh LZS (MAIS) ini.

Comments

comments

Leave a comment