banner ad

INTRO: Sejarah Zakat

Zaman pra Islam

Sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW, penduduk Mekah memang sudah mempunyai tamadun; namun mereka terkenal sebagai masyarakat jahiliyah, lantaran nilai-nilai kemanusiaan sudah begitu kontang di dalam diri mereka. Manusia yang kaya menzalimi yang miskin. Golongan hamba misalnya, mendapat layanan yang teruk. Kaum wanita dieksploitasi semahunya. Para peniaga menipu dan memeras orang berhutang semahunya.

Muhammad bin Abdullah tidak menyukai suasana ini. Beliau selalu menyendiri daripada terlibat dalam tingkah jahiliyah ini. Namun, Muhammad yang beristerikan seorang isteri yang hartawan, selalu menggunakan hartanya untuk membantu orang-orang susah.

Zaman awal Islam

Apabila Muhammad bin Abdullah menerima wahyu perlantikan sebagai nabi dan rasul, maka tekanan golongan Arab jahiliyah semakin memuncak. Ramai orang miskin menerima penyeksaan fizikal dan mental, misalnya keluarga Ammar bin Yasser. Golongan hamba pula, mendapat penyiksaan yang tidak terperi sakitnya lantaran keimanan mereka kepada Allah SWT. Bahkan, kemuncak kepada penentangan Arab Jahiliyah ialah, mereka mengisytiharkan pemulauan besar-besaran kepada Muhammad bin Abdullah dan seluruh pengikutnya.

Dalam mendepani situasi genting inilah, harta sebahagian umat Islam yang kaya-raya seperti Siti Khadijah al-Khuwalaid, Abu Bakr as-Siddiq dan ramai lagi dimanfaatkan demi umat Islam. Khadijah misalnya, menyediakan dana bagi melancarkan gerak kerja dakwah rasulullah. Manakala, Abu Bakr misalnya, menggunakan dinarnya bagi menebus Bilal yang diseksa.

Sungguh pun saat itu, Allah SWT masih tidak mewajibkan zakat; namun amalan mereka ini adalah selari dengan zakat. Ia dinamakan sifat ihsan sesama manusia, menyantuni manusia yang memerlukan apatah lagi yang ditimpa kezaliman. Sifat ihsan inilah intipati kepada amalan zakat yang setelah diwajibkan, diterima dengan penuh senang hati oleh umat Islam.

Zakat zaman Madinah

Hijrah rasulullah saw dan para pengikutnya ke Madinah, mempunyai implikasi besar kepada aspek hukum atau syariat dalam Islam. Ini kerana, pada zaman Madinah Allah SWT menurunkan pelbagai ketetapan kehidupan yang dinamakan syariat Islam. Ia termasuklah syariat berzakat. Sedangkan semasa zaman Makkah, kebanyakan atau hampir keseluruhan wahyu Allah SWT bersifat pengukuhan akidah umat Islam.

Zakat pada zaman Madinah, disyariatkan pada tahun kedua selepas hijrah. Ia sabit kepada sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “

Zakat dalam perkembangan negara Islam

Apabila negara Islam makin meluas, maka Nabi Muhammad SAW telah mengutus kalangan sahabatnya menjadi gabenor dan sekaligus menjadi tempat rujukan rakyat dalam urusan hukum-hakam. Misalnya, semasa pembukaan Yaman, Nabi Muhammad SAW telah mengutuskan Muadz bin Jabal r.a sebagai gabenor. Sebelum Muadz berangkat ke sana, Nabi SAW telah menyampaikan suatu amanat yang sangat penting. Amanat ini menjadi titik tolak kepada keanjalan hukum fikah dalam menerima elemen ijtihad. Pesanan Rasulullah SAW kepada Muadz:

Daripada Muadz ibn Jabal r.a. bahawa Nabi SAW ketika mengutusnya ke Yaman, Nabi bertanya: ”Bagaimana kamu jika dihadapkan permasalahan hukum? Dia berkata: “Saya berhukum dengan kitab Allah”.

Nabi berkata: “Jika tidak terdapat dalam kitab Allah?” Dia berkata: “Saya berhukum dengan sunnah Rasulullah SAW”. Nabi berkata: “Jika tidak terdapat dalam sunnah Rasul SAW?” Dia berkata: “Saya akan berijtihad dan tidak berlebih (dalam ijtihad)”.

Maka Rasulullah SAW meletakkan tangannya ke dada Muadz dan berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah sepakat dengan utusannya (Muadz) dengan apa yang diredai Rasulullah SAW.” (riwayat alThabrani)

Zakat semasa zaman Abu Bakr as-Siddiq

Abu Bakr memerangi golongan yang enggan berzakat.

Zakat semasa zaman Umar al-Khattab

Umar mewajibkan zakat ke atas anak kambing yang baharu lahir dan zakat kuda.

Zakat semasa zaman Uthman bin Affan

Ijtihad Uthman dalam membolehkan pembayaran zakat harta melalui nilaian wang.

Zakat semasa pemerintahan Dinasti Umaiyyah

Semasa pemerintahan Dinasti Umaiyyah, salah seorang khalifah yang amat tersohor dalam pemerkasaan zakat ialah Saiyidina Umar bin Abdul Aziz r.a.

Zakat semasa Dinasti Abbasiyah