banner ad

Zakat Perniagaan

1. Saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual burger di hadapan rumah. Selain itu saya juga ada melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung. Adakah saya wajib membayar zakat perniagaan?

Pendapatan yang diperolehi dari sumber sedemikian dikira sebagai pendapatan sampingan dan hendaklah dikira sebagai zakat pendapatan; bukannya zakat perniagaan.

Sebenarnya semua pendapatan sampingan seperti hasil penulisan, ceramah, menjual burger, jualan langsung bahkan rumah sewa hendaklah dikira sebagai pendapatan yang wajib dizakatkan. Pendapatan itu hendaklah dicampur dan dikirakan sebagai satu pendapatan dan dikirakan zakat ke atasnya.

Contoh: Gaji RM3,000 + jualan langsung RM1,000 + rencana tersiar di akhbar RM300 + ceramah di surau RM500 + sewa rumah RM400 = RM5050.00. Nilai RM5,350 ini hendaklah dizakat dengan menggunakan kaedah pengiraan zakat pendapatan seperti yang telah diterangkan sebelum ini.

2. Bolehkah diterangkan secara ringkas tentang zakat perniagaan dan kesannya ke atas cukai syarikat?

Pada masa ini bagi mana-mana syarikat yang menunaikan zakat ke atas pendapatan syarikat mereka tidak mendapat pelepasan cukai seperti mana cukai pendapatan. Namun begitu, bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan mereka, pihak kerajaan telah membenarkan bayaran zakat perniagaan oleh syarikat boleh digunakan untuk tujuan pemotongan bagi pengiraan cukai perniagaan sehingga 2.5 peratus daripada pendapatan agregat syarikat berkenaan.

Ada dua kaedah mengira zakat perniagaan. Kaedah pertama dinamakan Kaedah Model Berkembang (Growth Model). Ia mengambil kira ekuiti pemilik perniagaan ditambah sumber kewangan dan dibuat pelarasan. Ringkasnya, modal dicampurkan dengan keuntungan.

Formulanya: Ekuiti pemilik + Liabiliti jangka panjang – Aset tetap – Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta perniagaan yang tunduk kepada zakat

Kaedah kedua ialah Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital). Ia mengambil kira harta semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira.

Formulanya: Aset semasa – Liabiliti semasa +/- Pelarasan = Harta perniagaan yang tunduk kepada zakat.

Nota: Bagi memudahkan urusan pengiraan, biasanya para peniaga dinasihatkan memberikan Kunci Kira-kira Syarikat kepada pegawai zakat kami untuk dikirakan zakat perniagaannya.

3.